Macaroni

Lagi resipi makaroni goreng yg aku jumpa… nie versi byk sayur… bgs untuk kesihatan

Bahan:
500grm makaroni
200grm daging cincang
1 batang lobak merah
200grm kubis(hiris)
200grm sawi(kerat-kerat)
200grm tauge(bersihkan)
4 sudu makan sos tomato
secukup garam dan gula
25 tangkai lada kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh jintan kasar
minyak,air

Directions:
Didihkan secukup air dan garam, 2 sudu makan minyak dan rebus makaroni di dalamnya hingga kembang.Toskan.

Kisar lada kering, bawang merah,bawang putih,ketumbar,jintan halus dan jintan kasar.

Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.Masukkan daging dan sedikit air jika perlu. Tumis hingga semua bahan rata.

Masukkan sos tomato,garam,gula,kubis,lobak merah,sawi dan tauge.Tumis lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan makaroni dan rasalah garam dan gulanya.

Hidangkan selagi panas.

Macaroni & Cheese

another recipe for macaroni & cheese….. i luvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Macaroni & Cheese

Ingredients :
110 g macaroni
1.25 litre water
50 g butter
40 g flour
425 ml fresh milk
175 g Cheddar cheese ~ grated
4 pieces chicken fillet ~ grilled and chop finely
50 g mushroom ~ sliced
1 onion ~ chopped
butter
salt
black pepper ~ crushed
2 tomatoes ~ cut to small pieces (I sliced it)

Method :

Add 1 teaspoon of salt to water and bring to boil.
Pour in the macaroni and boil for about 8 to 10 minutes.

Remove from heat and strain. In another pot, melt 50g butter
and add in flour. Stir for about 1to 2 minutes and pour in the milk,
bit by bit. Cook for about 6 minutes. Add in half the grated cheese
and let it melt in the sauce. Add in salt and black pepper to taste.
In a small pan, melt a bit of butter and saute chopped onion and
mushroom till soft. 7. Mix well macaroni, sauce, onion, mushroom and
chicken. Pour into a well greased 1.25 liter casserole. Sprinkle the balance
cheese and arrange the tomatoes on top. Grill in the oven till golden brown
on top.

MAKARONI GORENG BEREMPAH

Duk jalan2 di google lagik smbil mencari resipi makaroni goreng utk sesi potluck… terjumpa resipi nie kat website wanita2u.com… nampak cam menarik.. pedas2 pun ader…. simpan lah resipi nie… mana tau akan ku cuba resipi yang nie…

makaroni

MAKARONI GORENG BEREMPAH

Penyediaan dan masa : 30 minit
Hidangan: 4
Setiap orang: 14g lemak, 356kcal(1489 kilojoules)

Bahan-bahannya
200 gm MAGGI Macaroni
3 camca besar minyak

A
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi

B
2 bungkus Perencah Bihun Goreng MAGGI
1 camca teh serbuk kari
100 gm cincangan daging ayam
1½ camca teh Kicap Pekat MAGGI
½ camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI
3 pokok sawi, dipotong sepanjang 3 cm
garam dan gula secukup rasa
bawang goreng
hirisan cili merah
hirisan daun bawang

Cara-caranya
1 Masak Macaroni mengikut arahan seperti di atas bungkusan.
2 Panaskan minyak, tumis bahan A hingga kekuningan. Masukkan Perencah MAGGI dan serbuk kari; goreng hingga wangi.
3 Masukkan ayam dan goreng selama 2 minit. Masukkan Sos MAGGI, Pati Ayam, Macaroni dan sawi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan daun bawang.

Baked Macaroni and Cheese

Bahan-Bahan:
- 8 auns macaroni
- 2 cawan keju cheddar - dihiris
- ½ cawan keju Parmesan - diparut
- 3 cawan susu segar
- ¼ cawan mentega
- 2 ½ sudu makan tepung pelbagai guna
- 2 sudu makan mentega
- ½ cawan bread crumbs
- secubit paprika
- secubit lada hitam yang ditumbuk
- 2 sudu makan minyak masak

Cara:
1. Masak macaroni seperti arahan di bungkusan. Campurkan minyak masak semasa merebus macaroni untuk mengelakkannya melekat. Setelah lembut, tapis macaroni dan letakkan di dalam bekas casserole/bekas tahan panas.

2. Di dalam periuk lain, cairkan 1/4 cawan mentega dengan api sederhana. Masukkan tepung pelbagai guna dan kacau.

3. Masukkan susu perlahan-lahan sambil mengacau adunan. Masukkan pula keju cheddar.

4. Masak di atas api perlahan sehingga keju mencair dan adunan menjadi agak pekat.

5. Tuangkan adunan ke atas macaroni dan kacau sehingga sebati.

6. Setelah itu, cairkan 2 sudu mentega di atas api sederhana dan kemudian masukkan bread crumbs. Kacau sehingga bread crumbs keemasan.

7. Tuangkan bread crumbs yang telah digoreng ini ke atas macaroni. Taburkan keju parmesan, paprika dan serbuk lada hitam.

8. Akhir sekali, bakar selama 15-30 minit atau sehingga keju kekuningan dengan kepanasan 175 darjah Celcius. Sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Resepi ini merupakan hidangan sampingan tetapi boleh juga dimakan sebagai hidangan utama. Jika tuan/puan ingin menjadikannya hidangan sampingan, ia tidak perlu dibakar dan ketika menghidang, taburkan keju parmesan, paprika dan lada hitam. Jika ingin dijadikan hidangan utama, boleh dihidangkan bersama coleslaw/ garden salad dan kentang goreng/bakar.

Makaroni and cheese…. what a perfect combination for me…