Pizza seafood

Macam complicated nye nak try wat pizza nie… ehheeh tak reti sebenarnya,..eh silap.. tak pernah try pun lagik…. sbb takder bahan2 n oven… so camna nak try ek… takder ke pizza yg jenis kukus je?resipi nie aku terjumpa kat website melayu.com kot

PIZZA SEAFOOD

BAHAN ASAS MEMBUAT DOH
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil ragi

250gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
(Kedua bahan ini diayak bersama)

155 gm air
sedikit air suam

CARA MEMBUATNYA
Campurkan gula dengan ragi dan sebatikan dengan air suam
Biarkan 15 minit sehingga ragi kelihatan berbuih
Masukkan tepung bergaram ke dalam mangkuk pengadun
Tuangkan bancuhan ragi yang sudah kembang di tengah tengah tepung
Adun dengan mesin pengadun (blender) - mula dengan kelajuan 1 sehingga 3
Tambahkan air sedikit demi sedikit semasa mengadun hingga sebati
Keluarkan doh dan uli dengan tangan sekejab
Adun dengan mesin sekali lagi sehingga adunan licin
Biarkan selama 20 minit
Canai dan potong mengikut saiz mangkuk
Isikan dalam mangkuk dan cucuk cucuk dengan hujung pisau supaya doh tidah menggelembung bila dibakar nanti
Ratakan sos
Taburkan inti
Aturkan sayuran di atasnya serta sedikit keju
Bakar selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak
Setelah tiga suku masak tabur lebihan keju dan bakar sebentar sehingga keju cair.
Hidangkan panas panas

BAHAN ASAS SOS PIZZA

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
( keduanya dicincang)
Sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar puri tomato
1 sudu besar sos tomato
1 helai daun bay
Sedikit oregano
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumis bawang besar,bawang putih dan daun bay hingga lembut
Masukkan sos serta puri tomato diikuti sos cili, oregano dan garam
Kacau sebentar dan biarkan hingga pekat

ditambah 1 batang lobak merah yang dipotong kecil
sedikit serbuk lada putih

BAHAN INTI
Bebola ikan
Bebola sotong
Bebola udang
(Semua dipotong bulat)
100 gm parutan keju mozzarella
1/2 biji tomato - dihiris bulat
1/2 biji capsicum - dipotong dadu

CARA MENYEDIAKANNYA

Sapukan sos ke atas doh
Aturkan bebola ikan, sotong dan udang
Taburkan keju dan bakar selama 20 minit
Taburkan keju dan bakar lagi selama 5 minit
Setelah masak boleh la di mkn