Steak daging
Jarang makan steak… ke tak penah… maybe sbb tak kene dgn tekak kot… takpe… ader masa bley try
Steak Daging
1 kilo daging batang pinang(dipotong ikut saiz daging steak)
Resepi untuk kuahnya:
10 ulas bawang putih
segenggam lada hitam(ikut selera masing masing)
4 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap ikan
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa daging
sedikit serbuk perasa
Resepi untuk diperap dengan daging:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
diperap dengan daging selama beberapa jam.CARA MEMBUATNYA: (KUAH)
Tumbuk lada hitam hingga lumat,kemudian masukkan bawang putih .
Tumis bahan bahan ini hingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos ikan,sos tiram dan kiub perasa daging.
Setelah menggelegak masukkan mayonis,kacau hingga sebati dan masukkan serbuk perasa
Setelah sedikit pekat,bolehlah diankat.Daging bolehlah dibakar diatas kuali tanpa minyak,bakar separuh masak.
Selepas itu tuangkan kuah adi diatas daging tersebut.

Posted July 17, 2008
Comments(0)